Politik

PM tidak halang, letak syarat ketat beri peruntukan wakil rakyat

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah menghalang atau meletakkan syarat ketat dalam soal pemberian peruntukan kepada wakil-wakil rakyat pembangkang.

Anwar berkata, beliau mahu peraturan dihormati iaitu Ahli Parlimen pembangkang perlu melakukan rundingan bersama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof terlebih dahulu berhubung peruntukan pembangunan kawasan seperti kelaziman yang diamalkan dalam sistem demokrasi.

“… runding dahulu, saya tidak pernah meletakkan syarat atau prasyarat untuk menyokong Perdana Menteri… tak perlu ada syarat menyokong Perdana Menteri.

“Ada beberapa peraturan (runding soal peruntukan dengan kerajaan) yang dilakukan dalam mesyuarat yang lalu (ketika Pakatan Harapan menjadi pembangkang).

“Saya kadang-kadang) aneh, wakil (kerajaan terdahulu) yang berundingan dulu kini di sebelah sana (pembangkang)… dia tahu prosesnya berapa kali berunding, tapi sekarang macam tak tahu langsung,” kata beliau pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat pada Selasa.

Baca juga:

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close