Mat Yat sarung jersi TFC?

Akhyar Rashid, pemain harapan Johor Darul Takzim (JDT), bakal menyarung jersi skuad Terengganu FC (TFC) dalam mengharungi Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Difahamkan rundingan Terengganu Football Club (TFC) bersama pihak pengurusan skuad Harimau Selatan setakat ini berjalan dengan lancar dalam suasana yang harmoni.

Bagaimanapun, terdapat beberapa lagi perkara belum diselesaikan dan diharapkan semua peminat setia bersabar dan tidak membuat sebarang spekulasi.

“Akhyar berada dalam radar pasukan TFC sebagai pemain pinjaman dalam mengharungi saingan Liga M musim 2024.

“Setakat ini rundingan dengan pihak pengurusan JDT berjalan dengan lancar, terima kasih kami ucapkan, cuma ada beberapa perkara lagi yang perlu diselesaikan di pihak kami,” katanya memetik Kosmo.

Tambah beliau, TFC akan membuat pengumuman secara rasmi tidak lama lagi berhubung kehadiran pemain sayap JDT.

Sebelum ini, peminat setia skuad Penyu itu mengharapkan pemain kelahiran negeri Jelapang Padi itu menyarung jersi TFC musim depan selepas dilepaskan secara pinjaman oleh pihak pengurusan JDT bersama Oscar Arribas, Syafiq Ahmad, Safawi Rasid dan Haziq Nadzli.

Baca juga:

https://malaysiabangkit.com/2023/12/28/sarah-adi-buru-pingat-emas-di-olimpik-los-angeles/?amp=1

Anda Mungkin Berminat