PM hanya minta ‘jaga kesihatan’, enggan ulas sindiran Tun M

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membalas ringkas sindiran daripada Tun Dr Mahathir terhadapnya pada Jumaat.

 “Jaga kesihatan” ungkap Anwar ketika diminta mengulas kenyataan Dr Mahathir bahawa penubuhan kerajaan pintu belakang di negara adalah kepakaran Anwar Ibrahim.

Media sebelum ini melaporkan bahawa Dr Mahathir dalam kenyataannya menafikan beliau terbabit dalam gerakan Langkah Dubai yang didakwa dibuat untuk menjatuhkan kerajaan.

Tangkapan layar di laman X Tun M mengulas isu Langkah Dubai.

Menurut ciapan di platform X, bekas Perdana Menteri itu menegaskan bahawa beliau tidak terlibat malah sudah lama tidak ke Dubai.

“Pertamanya, saya sudah lama tidak ke Dubai seperti yang dihebohkan.

“Keduanya, sepanjang ingatan saya usaha politik langkah-melangkah, kerajaan pintu belakang atau backdoor Government adalah kepakaran Perdana Menteri,” katanya dalam satu catatan di laman X pada Jumaat.

Baca juga: