Mahkamah

Sindiket minyak diesel tumpas, seramai 27 ditahan PDRM

Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menumpaskan sindiket penyelewengan minyak diesel melibatkan pembekalan kepada kapal marin yang beroperasi dengan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, aktiviti dikesan giat berlaku di Pantai Timur sejak 2021 dengan kerugian mencecah RM12 juta.

“Modus operandi sindiket ini adalah memindahkan dan menjual diesel dari kapal yang dikesan melalui rekod Vessel Fuel Monitoring System (VFMS) yang terdapat pada kapal.

“Siasatan dijalankan JSJK susulan daripada hasil pemerhatian awal oleh bahagian siasatan dalaman Petronas,” katanya dalam kenyataan, pada Rabu.

Bertindak atas siasatan itu, beliau berkata, pasukan JSJK menjalankan operasi khas pada Julai dan Oktober lalu.

Tambahnya, seramai 27 individu daripada pelbagai sektor perkapalan termasuk anak kapal ditahan dalam siri serbuan berkenaan.

Ramli berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan dan Seksyen 414 kanun sama.

Dilaporkan media, dua individu telah dihadapkan ke mahkamah dan didakwa atas empat pertuduhan.

Baca juga:

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close