Mat Yo desak Melaka United jelaskan bayaran gaji tertunggak

Pemain bola sepak, Mat Yo meluahkan rasa kesal apabila tunggakan bayaran gajinya selama enam bulan masih belum selesai.

Perkara itu dinyatakan oleh Mat Yo atau nama pemilik nama Norshahrul Idlan Talaha, 37, menyatakan perkara tersebut menerusi satu hantaran di Instagram mengharapkan agar Melaka United dapat melunaskan bayaran tersebut.

Dalam pada itu, dia juga memaklumkan tentang akaun media sosialnya itu yang kembali pulih seperti biasa selepas terpaksa menunggu beberapa lama ekoran digodam pihak tidak bertanggungjawab.

“Melaka United, IG (Instagram) saya pun dah dapat balik. Gaji yang tertunggak enam bulan tu agak-agak bila nak dapat balik?

“Lama tunggu, bayarlah hutang. Banyak kerugian isteri dan anak-anak alami. Tak baik aniaya orang. Bila nak bayar tu? Enam bulan bukan enam minggu tapi enam bukan tak bergaji. Kerja pergi kerja, gaji tak nak bayar?

“Macam ni anda bela nasib pemain yang pernah berbakti kepada negara? Awal-awal tahun 2022 dah lewat bayar lepas tu sikit-sikit pula,” katanya.

Mat Yo turut mengkritik tindakan Melaka United agar tidak melangsaikan bayaran dan tidak terlalu mengambi pemain import pada kadar bayaran tinggi.

“Gaji tak besar pun tapi kita kena faham kelab ada masalah dengan kerajaan. Dah tahu tak mampu ambil pemain import mahal-mahal kenapa?

“Ukurlah baju pada bajet anda sendiri. Saya minta tolong usahakan selesaikan isu gaji. Perlu ke saya screenshot (tangkap layer) dan beritahu umum? Itu bukan cara saya.

“Sekarang semua diam seolah-olah lari, cubaan demi cubaan (dilakukan) untuk tutup nama saya kan? Ikutkan banyak (lagi) nak dibongkarkan,” katanya.

Untuk, rekod, Mat Yo beraksi untuk Melaka United selama semusim pada 2022 dan dia juga adalah sebahagian daripada skuad Malaysia yang menenangi Piala AFF pada 2010.

Baca juga: