Tiga individu lelaki terlibat dalam kemalangan jalan raya di Jalan Besar Felda Air Tawar, Johor pada pukul 6.48 pagi, Isnin.
Pusat Gerakan Operasi (PGO), JBPM Negeri Johor menyatakan menerima panggilan kecemasan kemalangan jalan raya melalui talian MERS999.
Sejurus menerima panggilan tersebut, jentera FRT daripada BBP Kota Tinggi dengan kekuatan anggota seramai 8 orang telah digerakkan ke lokasi kejadian.
Menurut Komander Operasi, PBK II Ibrahim bin Abd Wahid, kemalangan itu melibatkan sebuah kereta jenis Proton Gen2 dengan sebuah Perodua Myvi.
“Terdapat dua orang mangsa telah tersepit dan seorang mangsa telah tercampak keluar dari kenderaan.
“Kesemua mangsa telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh Pegawai Perubatan daripada KKM,” ujarnya dalam sebuah kenyataan.
Bagaimanapun pasukan bomba bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan menyelamat khas sebelum menyerahkan mayat mangsa kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Baca juga: