Agihan Bantuan Awal Persekolahan selesai di 6 negeri

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan enam buah negeri sudah menyelesaikan agihan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) setakat 2 Februari lalu.

Jelas kementerian itu dalam satu kenyataan, berkata, lima negeri tersebut ialah Selangor, Putrajaya, Melaka, Terengganu, Perak dan Labuan.

“Jumlah keseluruhan agihan di negeri-negeri tersebut adalah RM236,547,000 dan memberi manfaat kepada 1,576,980 orang murid.

“Sebanyak 2,907 buah sekolah telah menyelesaikan proses pengangihan ini dan dijangka akan bertambah dari semasa ke semasa,” kata dalam kenyataan pada Ahad.

Sementara itu, KPM turut menyatakan kesungguhan dan semangat dedikasi mereka untuk memastikan setiap agihan BAP dapat dilaksanakan dengan cekap dan berkesan demi manfaat semua murid.

Pembayaran BAP merupakan salah satu agenda dalam Belanjawan 2024 sebanyak RM150 secara one-off kepada 5,254,200 orang murid sekolah di seluruh negara.

Baca juga: