MOF nafi Nurul Izzah terima bayaran sebagai penasihat Laksana

Kementerian Kewangan (MOF) menyelar tindakan individu yang membuat kenyataan palsu mendakwa Nurul Izzah Anwar dibayar untuk menjadi Penasihat Unit Pelaksanaan & Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (Laksana).

Kementerian itu berkata, dokumen perjanjian yang tular di media sosial merupakan draf surat tawaran tidak sah.

“Perjanjian yang sah telah ditandatangani oleh Nurul Izzah adalah untuk memberi khidmat nasihat kepada Laksana secara pro bono.

“Perkara itu tanpa mengambil imbuhan kewangan mahupun sebarang faedah seperti didakwa,” katanya.

Susulan itu, Nurul Izzah difahamkan menerusi peguamnya akan membuat laporan polis terhadap hantaran media sosial yang berunsur fitnah terhadapnya.

Terdahulu, tular di media sosial mendakwa, anak kepada Perdana Menteri itu menerima bayaran gaji sebanyak RM35,000 atas pelantikan sebagai penasihat Laksana.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat