Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa untuk menziarah Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli yang sedang mendapatkan rawatan di hospital pada pagi Isnin.

Katanya, keadaan Rafizi kini bertambah baik dan mendoakan agar pemimpin itu cepat sembuh.

“Alhamdulillah, keadaan beliau bertambah baik dan saya doakan Rafizi diberikan afiyah segera mungkin,” katanya dalam kenyataan.

Rafizi difahamkan mendapat rawatan di Hospital Sultan Abdul Aziz Shah, UPM, Serdang, Selangor.

Pada Oktober tahun lalu, Rafizi menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) akibat serangan jantung dan kembali stabil.

Baca juga: