Seekor ular sawa sepanjang 3.6 meter ditemui di dalam sebuah kebun di Projek Limau Bali, Bukit Kayu Hitam, Kedah pada pukul 2.45 petang.
Menurut Pegawai Operasi, PBK II KUP Abdullah Osman, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Kayu Hitam kemudian bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu.
“Didapati seekor ular sawa dengan anggaran sepanjang 12 kaki telah ditemui di dalam kebun itu.
“Pasukan Bomba bertindak menggunakan penjerut bagi menangkap ular tersebut.
“Kami mendapati bahawa ular tersebut sedang kekenyangan setelah menelan seekor kambing,” jelasnya dalam kenyataan.
Baca juga: