Imigresen berjaya tumpaskan sindiket perlombongan haram di Terengganu

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah berjaya menumpaskan satu sindiket perlombongan haram dalam operasi khas pada 6 Mac 2024 di Kemaman, Kuala Terengganu.

Operasi tersebut bermula pada pukul 6.00 pagi dengan disertai oleh 130 anggota dari Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya dan JIM Negeri Terengganu.

Operasi tersebut dijalankan berdasarkan siasatan dan risikan sejak beberapa minggu, difahamkan seramai 39 orang telah diperiksa.

Setelah pemeriksaan dijalankan, didapati seramai 28 pendatang tanpa izin (PATI) telah ditahan atas pelbagai kesalahan meliputi 15 orang warganegara Indonesia, lapan orang warganegara Cina, tiga orang warganegara Bangladesh, seorang warganegara Myanmar dan seorang warganegara Pakistan.

Dalam pada itu, kesemua yang ditahan berusia dalam lingkungan 25 hingga 46 tahun selain pihak berkuasa berkenaan telah mengeluarkan sebanyak 4 saman saksi kepada warganegara Malaysia.

Selain itu, tangkapan ke atas warganegara Cina dibuat atas kesalahan menyalahgunakan Pas Lawatan Sosial (PLS) untuk bekerja dan tinggal lebih masa.

Manakala, majikan yang mengambil dan menggajikan PATI akan dipanggil serta akan didakwa.

Kesemua PATI yang ditahan ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen Ajil dan akan didakwa atas kesalahan melanggar Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat