Kerajaan tolak karya filem tempatan promosi budaya LGBT

Kementerian Dalam Negeri menolak sebarang karya tempatan yang mengandungi kandungan mempromosikan fahaman gaya hidup songsang, LGBTQ dalam filem.

Kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Malaysia tidak mengiktiraf gaya hidup, lesbian, gay, biseksual dan transgender serta seumpamanya.

“Mana-mana filem yang mempromosikan gaya hidup itu tidak akan diluluskan untuk tayangan di Malaysia.

“Itu termasuk filem yang menggambarkan komunisme, Islamofobia dan nilai bertentangan dengan akidah Islam yang tidak dibenarkan,” kataya ketika sesi soal jawab mengenai usaha memperkasakan Lembaga Penapisan Filem (LPF) di Dewan Rakyat.

Dalam pada itu, beliau turut mengulas mengenai peranan Lembaga Penapisan Filem (LPF), agresif bagi memastikan karya yang dihasilkan tidak bertentangan dengan norma masyarakat negara Islam.

“Pandangan negatif mengatakan LPF ini sebagai satu badan yang menghadkan kreativiti pengkarya, tetapi sebenarnya fungsi mereka ialah untuk memastikan kandungan tersebut, selari dengan nilai-nilai murni,” katanya.

Dalam pada itu, ketika mengulas mengenai Ahmad Fadhli Shaari mengatakan lembaga penapisan boleh menapis filem di platform penstriman atau perkhidmatan over the top yang mempunyai unsur LGBT atau Islamofobia.

“Penepisan kandungan pada platform penstriman adalah di bawah Akta Komunikasi (dan Multimedia) kerana unsur internet.

“Kami bersedia untuk melakukan perbincangan dengan Kementerian Komunikasi jika ada keperluan untuk bergerak ke arah itu,” katanya.

Baca juga: