‘Guna cowgrass lebih tahan lasak berbanding Zeon Zaysia’, netizen harap PSM pertimbang tukar rumput padang SNBJ

Keadaan permukaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) sentiasa menjadi topik hangat dalam kalangan peminat sukan bola sepak.

Antara yang dikatakan menjadi punca kegagalan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) ialah menerima tajaan rumput jenis Zeon Zaysia.

Disebabkan rumput tersebut jenis sensitif dan memerlukan penjagaan rapi di samping kos menelan belanja yang tinggi untuk menguruskannya setiap bulan.

Perkara itu secara tidak langsung dilihat sebagai kekangan untuk memastikan permukaan padang SNBJ dalam keadaan baik.

“Sangatlah tidak sesuai digunakan di Stadium Bukit Jalil berikutan statusnya sebagai stadium pelbagai guna, bukan hak milik Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

“Stadium pula memiliki acara tahunan sendiri yang boleh menjana pendapatan jutaan ringgit hasil daripada pendapatan diperoleh,” kata pengguna media sosial Facebook, Selangor Power Sampai Kiamat.

Tambahnya, oleh itu penggunaan cowgrass disifatkan sebagai jenis rumput terbaik dan bersesuai denga sifat yang tahan lasak dan bersesuai dengan iklim di Malaysia. Tambahan, ia tidak memakan masa untuk pulih dengan cepat selepas digunakan.

“Justeru tidak hairan sekiranya ada beberapa persatuan bola sepak menolak tajaan rumput zeon berikutan banyak permasalahan yang bakal timbul di kemudian hari,” katanya.

Selain itu, pihak pengurusan perlu mempunyai mentaliti berbeza dengan permukaan padang di stadium di negara Eropah.

Perkara tersebut berikutan, kebanyakan mereka menanam, mengurus dan menjaga sendiri padang rumput mereka, sementara stadium tersebut tidak digunakan untuk sebarang acara lain selain perlawanan bola sepak.

Malaysia dan Oman tidak akan ‘mencuba’ atau menjalani latihan rasmi di Stadium Nasional, Bukit Jalil menjelang aksi kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 pada Selasa.

Sebagai rekod, Malaysia yang kini menduduki tangga ketiga Kumpulan D Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 memburu keputusan postif berdepan Oman.

Oman yang kini pendahulu kumpulan menewaskan Malaysia 2-0 dalam perlawanan di Kompleks Sukan Sultan Qaboos, Muscat, hasil gol dijanakan Issam Al-Sabhi minit ke-57 dan Muhsen Saleh Al-Ghassani (m-88).

Baca juga: