Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru umat Islam untuk mengambil iktibar daripada khutbah solat Jumaat lalu sekali gus mengharapkan agar masyarakat meraikan Syawal dengan penuh istiqamah dalam beramal di bulan Ramadan.
Katanya, setiap hal yang positif mahupun tingkah-laku yang memberikan kebaikan kepada semua, dapat dijadikan sebagai pegangan hidup meskipun setelah berakhirnya Ramadan.
“Diharapkan juga agar umat Islam tidak kembali kepada sikap lama yang ditinggalkan tatkala Ramadan,” katanya.
Dalam pada itu, Anwar turut mengambil peluang tersebut untuk beramah mesra bersama rakyat yang hadir menyambut kedatangannya di sana.
“Pastinya saya gunakan kesempatan ini untuk menjalin ukhuwah bersama rakyat dan bersalaman, beramah mesra serta bertanya khabar dengan warga Batang Kali,” tambahnya.
Beliau berkata demikian ketika mengunjungi jamuan Hari Raya dan menunaikan solat Jumaat di pekarangan Masjid Bandar Utama Batang Kali, Hulu Selangor pada Jumaat.
Anwar turut berterima kasih atas sambutan yang meriah dalam kunjungannya dan atas hidangan juadah yang ada seperti ayam, sate, lemang dan rendang.
Baca juga: