Kemalangan dua buah kenderaan, 4 mangsa cedera

Seramai empat mangsa cedera dalam nahas kemalangan melibatkan dua buah kenderaan di Jalan Felcra Sungai Melikai, Mersing, Johor pada Ahad.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Johor, kemalangan terbabit melibatkan dua buah kereta jenis Perodua Alza dan Proton Waja.

Komander Operasi, PBK II Shamsuri Shafai berkata, mangsa kemalangan telah diselamatkan oleh orang awam sebelum kehadiran bomba.

“Kesemua mangsa berjaya dikeluarkan daripada kenderaan oleh orang awam sebelum pihak bomba tiba.

“Pihak bomba telah menyerahkan mangsa yang cedera kepada pegawai perubatan KKM untuk rawatan lanjut menaiki ambulans,” katanya dalam kenyataan.

Seramai sembilan anggota bertugas dari Balai Bomba Penyelamat (PBB) Mersing bergegas ke lokasi kejadian bersama jentera LFRT dan kenderaan utiliti Toyota Hilux selepas menerima panggilan berhubung kejadian itu.

Baca juga: