Hiburan

Penyanyi A. Halim meninggal dunia

Penyanyi lagenda era 1960-an, Datuk A. Halim menghembuskan nafas terakhir di Hospital Penawar, Pasir Gudang, Johor pada Khamis.

Allahyarham A. Halim atau nama sebenar Halim Diah meninggal dunia pada usianya 77 tahun kira-kira pukul 10.01 pagi.

Berita pemergian Allahyarham A Halim disahkan Setiausaha Agung Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), Hafiz Nafiah, melalui kenyataan dikeluarkan.

Sepanjang penglibatan Allahyarham dalam bidang seni sejak di zaman bujang lagi, beliau berjaya menghasilkan puluhan lagu termasuk mengangotai kumpulan kugiran, antaranya adalah kumpulan De’ Fictions, kumpulan The Wanderers, dan kumpulan The Wisma.

Jenazah akan di bawa ke Masjid Al Falah untuk dimandi dan dikafankan serta solat jenazah sebelum di bawa ke Perkuburan Islam Cahaya Masai, Pasir Gudang.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close