Lee Zii Jia rampas semula gelaran juara Terbuka Thailand 2024

Pemain badminton perseorangan negara, Lee Zii Jia berjaya merangkul gelaran juara Terbuka Thailand 2024 setelah menewaskan jaguh Hong Kong, Ng Ka Long Angus 21-11, 21-10 dalam aksi akhir pada Ahad.

Set pertama menyaksikan Zii Jia tidak berdepan sebarang masalah apabila berjaya menewaskan pemain di tangga ke-27 itu dengan keputusan, 21-11.

Manakala, pada set kedua, pemain berusia 26 tahun itu tidak memberikan sebarang peluang buat Ka Long memintasnya dengan mempamerkan aksi garang sekaligus menoktahkan kemenangan dengan hasil, 21-10 dalam perlawanan yang berlangsung selama tempoh 34 minit.

Selain mengikat kemenangan 4-4 berdepan Ka Long, kemenangan tersebut membuktikan Lee Zii Jia dalam persediaan rapi menjelang Olimpik Paris yang akan berlangsung Julai ini.

Zii Jia yang meraikan kejayaan keduanya memenangi Terbuka Thailand 2024 selepas merangkul gelaran yang sama pada 2022, membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah AS$31,500 (RM147,640).

Pemain yang berada di tangga ke-10 dunia itu dijadualkan bakal bertemu pemain tangga ke-45 dunia dari China, Zhao Jun Peng dalam aksi kelayakkan Malaysia Masters 2024 yang dijadualkan berlangsung pada Selasa nanti.

Baca juga:

https://malaysiabangkit.com/2024/05/17/lee-zii-jia-tunjuk-taring-mara-ke-separuh-akhir-terbuka-thailand-2024

Anda Mungkin Berminat