Suara Kita! tumpu senarai hajat bajet dan advokasi untuk masa depan

Suara Kita! mengadakan bengkel pembinaan keupayaan organisasi pesakit yang bertenaga dan kolaboratif menumpukan senarai hajat bajet dan advokasi membina masa depan.

Menurut kenyataan, bengkel tersebut diadakan pada Ahad, dan seterusnya pembelajaran produktif pada Sabtu yang menegaskan komitmen Suara Kita untuk memimpin inisiatif yang memberi impak positif pada masa depan.

Bengkel tersebut berjaya menghimpunkan advokat pesakit yang mewakili pelbagai kumpulan advokasi pesakit (PAG) di bawah payung Suara Kita!

Shakir Aziz, Naib Presiden Pertubuhan Hemofilia Malaysia (HSM), mewakili Suara Kita! menekankan peranan bengkel dalam memperkasakan advokat pesakit: “Bengkel Pembinaan Keupayaan Advokasi menandakan satu pencapaian penting dalam memperkasa advokat pesakit dengan sumber dan pengetahuan yang diperlukan untuk memacu perubahan yang berimpak tinggi.

“Dengan menangani jurang kritikal, kami berhasrat untuk meningkatkan impak Kumpulan advokasi pesakit (PAG) dalam membentuk dasar penjagaan kesihatan dan meningkatkan hasil pesakit.

“Bengkel yang berfokus kepada Pembiayaan dan Pendanaan dalam Penjagaan Kesihatan ini bertujuan untuk melengkapkan advokat dengan pengetahuan dan kemahiran untuk meningkatkan akses kepada rawatan bagi penyakit yang mereka perjuangkan,” katanya.

Jelas Shakir Aziz, hal ini menggariskan dedikasi tidak berbelah bahagi Suara Kita! untuk menangani cabaran kritikal yang dihadapi oleh kumpulan advokasi pesakit (PAG), khususnya dalam bidang pembiayaan dan pendanaan.

Suara Kita! tetap teguh dalam komitmennya untuk menyokong kumpulan advokasi pesakit (PAG) melalui pendidikan dan pemerkasaan.

Inisiatif Siri Bengkel Pembinaan Keupayaan Advokasi ini menandakan satu tonggak penting dalam misi Suara Kita! untuk meningkatkan keberkesanan advokasi pesakit di seluruh Malaysia.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat