Rumah kedai tiga tingkat musnah terbakar di Bintulu

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dikejutkan dengan panggilan kecemasan berhubung insiden kebakaran rumah kedai tiga tingkat di Jalan Abang Galau, Taman Sinong, Bintulu, Sarawak pada Isnin.

Komander Operaso, PBK II Mohd Syukri Abdullah berkata, seramai 11 orang anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu bergegas ke lokasi kejadian pada pukul 11.13 malam bersama sebuah jentera FRT dan sebuah kenderaan unit EMRS.

Menurutnya, kebakaran itu melibatkan sebuah rumah kedai tiga tingkat jenis struktur kekal dan kebakaran melibatkan perabot dalam kedai di tingkat bawah iaitu 22×60 kaki persegi terbakar 30 peratus.

“Operasi pemadaman kebakaran menggunakan aliran air tangki jentera bomba dan pili berdekatan.

“Pihak bomba melakukan kerja-kerja ‘overhoul’ bagi memastikan tiada lagi punca-punca api di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, kebakaran dapat dikawal dan tamat sepenuhnya pada jam 11.51 malam.

Difahamkan, operasi ini turut melibatkan tiga buah agensi lain iaitu empat orang anggota dari Angkatan Pertahanan Awam, dua orang dari Polis Diraja Malaysia dan enam orang dari Sarawak Energy Berhad.

Baca juga: