Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Muhammad Kamil Abdul Munim menegaskan kepada pembangkang bahawa Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) adalah sama dalam kerajaan terdahulu.
Menerusi laman X miliknya, beliau menyatakan kesilapan Ketua Pembangkang iaitu Datuk Seri Hamzah Zainudin yang menganggap kerajaan MADANI menggunakan jentera kerajaan sebagai alat untuk mengekang musuh politik.
“Apakah Hamzah tidak yakin kepada KP SPRM yang dilantik oleh Presiden partinya sendiri? Atau dalang pembunuhan karakter seperti yang didakwa itu sebenarnya berpunca dari orang dalam partinya sendiri?” soalnya.
Terdahulu, Ketua Pembangkang, Hamzah menyifatkan pendakwa terbaru ke atas anaknya pada Rabu sebagai salah satu siri perancangan pembunuhan karakter politik.
Menurut Hamzah, perancangan itu sebenarnya ditujukan kepadanya sebagai ketua pembangkang setelah usaha kerajaan Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) gagal, termasuk melali pertuduhan politik ke atas pemimpin Bersatu.
“Ini merupakan taktik lapuk yang memperlihatkan kemandulan kerajaan dalam usaha terdesak mereka menutup mulut para pengkritik dengan menyasarkan pemimpin Perikatan Nasional (PN) dan ahli keluarga mereka,” katanya dalam satu kenyataan.
Baca juga: