Negeri

Nelayan asing ditahan, tiada dokumen pengenalan diri

Maritim Negeri Kelantan berjaya menahan sebuah buah bot nelayan tempatan disyaki tiada dokumen pengenalan diri yang sah pada kedudukan lebih kurang 37 batu nautika dari muara Tok Bali, kira-kira pukul 1.40 petang pada Sabtu.

Pengarah Maritim Negeri Kelantan, Kapten Maritim Erwan Shah Soahdi berkata, tangkapan telah dilakukan oleh aset Maritim Malaysia yang telah mengesan bot nelayan tempatan berada dalam keadaan mencurigakan ketika sedang melaksanakan rondaan di perairan Tok Bali dalam Op Damai, Op Naga Barat dan Op Tiris.

“Hasil pemeriksaan mendapati seramai lima orang kru termasuk tekong berumur diantara 36 hingga 55 tahun kesemuanya disyaki warga negara Thailand bekerja diatas bot tersebut.

“Pemeriksaan lanjut turut mendapati salah seorang kru tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

“Bot dan kesemua kru kemudiannya ditahan dan diiringi ke jeti Maritim Negeri Kelantan untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, kes akan disiasat mengikut seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) iaitu tinggal dan berada di Malaysia tanpa pas atau permit yang sah serta mengikut sekyen 8(b) Akta Perikanan 1985 iaitu melanggar apa-apa syarat dalam lesen yang dikeluarkan berkenaan dengan vesel.

“Sabit kesalahan boleh dihukum denda tidak lebih daripada RM10 ribu atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali dan boleh dikenakan tidak lebih daripada enam kali sebatan mengikut Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/63.

Difahamkan, kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985, pesalah boleh di denda tidak melebihi RM20 ribu atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya mengikut seksyen 25(b) akta yang sama.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close