Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) menghantar dua orang pesakit ke Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) terdekat menggunakan pesawat bomba untuk dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan.
Kedua-dua pesakit merupakan seorang bayi berusia enam bulan dan seorang pesakit warga emas yang diambil dari Pos Balar dan Pos Tenderik, Gua Musang, Kelantan.
Pesawat bomba jenis AW-139 (9M-BOD)(BOMBA 01) telah diterbangkan oleh Penguasa Bomba, Faridullahamin Mohd Noh, Penolong Penguasa Bomba, Sarifudin Ladulu dan Mohd Rizza Jefri bersama lima orang kru termasuk Air-Quarter Master (AQM) dan Pasukan Khas Udara Bomba (PASKUB).
Kedua-dua pesakit kemudiannya berjaya diterbangkan ke BBP Gua Musang dan kemudiannya diserahkan kepada kakitangan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk dibawa ke hospital untuk rawatan segera.
Penerbangan berjaya dilaksanakan atas faktor cuaca semasa penerbangan yang hujan dan awan rendah di sekitar Gua Musang dan Bentong.
Operasi dilaksanakan sehingga selesai dan pesawat yang dikendalikan oleh pihak bomba berjaya mendarat semula di Pangkalan Udara Wilayah Tengah, JBPM, Subang, Selangor.
Baca juga: