Negeri

Lelaki maut, 4 cedera parah dalam kemalangan di Kemaman

Seorang lelaki maut manakala empat lagi cedera parah dalam kemalangan antara sebuah kereta dan sebuah van di Jalan Air Putih, Kampung Dadong, Cheneh, Kemaman, Terengganu pada pukul 3.32 petang hari Rabu.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Pegawai Bomba Kanan II, Marzuki Ngah melaporkan lelaki yang maut tersebut didapati tersepit dalam kereta jenis Proton Saga yang dipandunya.

“Mangsa telah berjaya dikeluarkan daripada kenderaan oleh pasukan bomba dengan menggunakan peralatan menyelamat namun disahkan meninggal dunia pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi kejadian.

“Selain itu, 4 lelaki dewasa yang menaiki van jenis Nissan Vanette pula mengalami kecederaan parah dan mereka semua telah diserahkan kepada pegawai perubatan KKM untuk mendapatkan rawatan segera,” katanya dalam kenyataan.

Marzuki turut melaporkan bahawa mayat mangsa yang meninggal dunia telah diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan selanjutnya.

Operasi tersebut melibatkan seramai lapan orang anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cheneh bersama jentera LFRT dan kenderaan unit EMRS.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close