Negeri

Kerajaan laksana operasi pembenihan awan di Kelantan 21 Jun depan

Kerajaan telah bersetuju untuk melaksanakan Operasi Pembenihan Awan (OPA) di negeri Kelantan bermula pada 21 hingga 23 Jun depan untuk meningkatkan paras air Sungai Kelantan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyatakan perkara demikian agar ia dapar mengairi kawasan-kawasan pertanian yang terjejas di negeri berkenaan.

Beliau yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat telah meluluskan dana Tabung Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBM) sebanyak RM5 untuk operasi tersebut.

“Ia merupakan tindakan awal yang dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan untuk mengatasi masalah penyusutan air di Sungai Kelantan dan menangani impak fenomena cuaca panas serta Monsun Barat Daya yang dijangkan akan berterusan sehingga penghujung September 2024.

“Penyusutan sungai tersebut juga turut berpunca daripada catatan taburan hujan Kelantan yang rendah bermula Februari hingga April tahun ini hingga mengganggu operasi pam di seluruh kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA),” katanya dalam kenyataan.

Zahid menyatakan Sungai Kelantan perlu mencapai aras air pada 4.90 meter untuk membolehkan rumah pam Kemubu beroperasi sepenuhnya namun aras air Sungai Kelantan hanya mencapai paras 2.19 meter setakat minggu kedua April tahun ini.

Dalam pada itu, Zahid turut menyatakan harapan agar operasi tersebut dapat membantu meningkatkan kapasiti air di kawasan tadahan hujan dan menjamin bekalan air untuk disalurkan kepada pengguna.

Operasi tersebut juga dilaksanakan susulan permohonan dibuat oleh KADAmelalui penyelarasan antara Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close