Sukan

Selangor FC buat rayuan kepada MFL, Altimet tawar bantu bayar denda

Pihak pengurusan Selangor FC akan membuat rayuan dengan meneliti segala saluran yang sesuai selepas menerima hukuman ‘berat’ daripada Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).

Sebagai rekod, keputusan skuad Gergasi Merah untuk ‘tidak hadir’ pada saingan Piala Sumbangsih menentang membawa padah apabila diberikan empat bentuk hukuman termasuk denda sebanyak RM100,000 oleh MFL.

Selangor FC dalam satu kenyataan mengesahkan sudah ambil maklum dengan keputusan badan pengelola Liga Malaysia (Liga M) itu.

“Pihak kelab mengambil maklum keputusan MFL tentang keputusan Selangor FC untuk tidak hadir pada aksi Piala Sumbangsih yang juga aksi pertama Liga Super pada 10 Mei lepas.

“Untuk makluman, pihak kelab telah memohon penangguhan perlawanan tersebut elepas kes jenayah serangan asid terhadap Faisal Halim pada 5 Mei lepas, namun permohonan tersebut telah ditolak.

“Oleh itu, pihak kelab meneliti dan mengkaji semua saluran yang bersesuaian untuk mengambil Tindakan seterusnya,” kata kenyataan Selangor FC.

Dalam pada itu, penyanyi dan komposer Altimet menawarkan untuk menyumbang separuh kutipan royalti harta inteleknya tahun ini bagi membantu membayar denda skuad Selangor FC (SFC) susulan penarikan diri pasukan pada perlawanan Piala Sumbangsih, 10 Mei lepas.

Altimet atau nama sebenarnya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya, Selangor berkata, beliau sedia berbuat demikian jika SFC sudi menerima tawaran tersebut.

“Saya akan sumbangkan separuh kutipan royalti harta intelek saya tahun ini untuk bayar denda ini jika SFC sudi,” katanya ringkas menerusi ciapan di akaun X rasmi miliknya dengan menyertakan pautan berita berhubung hukuman yang dikenakan ke atas Skuad Gergasi Merah itu.

Selangor dilaporkan terpaksa menarik diri daripada menyertai perlawanan Piala Sumbangsih susulan insiden bintangnya Mohamad Faisal Abdul Halim menjadi mangsa simbahan asid pada 5 Mei.

Related Articles

Check Also
Close