Nasional

Tiada sebarang kes terkait PRK Sungai Bakap setakat ini – Polis

Tiada sebarang laporan polis diterima setakat ini yang berkaitan dengan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.

Tempoh berkempen bagi PRK Sungai Bakap hanya berbaki 10 hari sebelum menjelang hari mengundi yang ditetapkan pada 6 Julai 2024 (Sabtu).

Ketua Polis Pulau Pinang, Komisioner Datuk Hamzah Ahmad dalam satu kenyataan menegaskan bahawa pihak yang berkempen hendaklah memastikan kawasan kempen sentiasa berada dalam keadaan selamat.

“Kawasan kempen seperti tapak ceramah dan tempat perjumpaan hendaklah sentiasa bersih selepas digunakan dan tidak merosakkan sebarang harta benda awam.

“Selain itu, turut di nasihatkan kepada semua pihak agar tidak menimbulkan sebarang provokasi semasa berkempen, termasuk khianat atau merosakkan bahan-bahan kempen pilihan raya,” katanya.

Dalam pada itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) kan mengambil tindakan tegas kepada mana-mana parti politik atau individu yang melanggar undang-undang dan peraturan yang sedang berkuatkuasa.

PRK DUN Sungai Bakap diadakan susulan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lepas akibat keradangan dalam perut.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang Ogos tahun lepas, Nor Zamri yang juga Yang Dipertua PAS Nibong Tebal menewaskan calon PH, Nurhidayah Che Rose dengan majoriti 1,563 undi.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close