Negeri

Polis buru individu curi ‘parcel’ di Ulu Tiram

Polis giat mengesan individu yang disyaki terbabit dalam insiden mencuri bungkusan atau parcel dari sebuah rumah di Taman Desa Cemerlang, Ulu Tiram, Johor.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, pihaknya menerima laporan polis dibuat seorang lelaki berusia 59 tahun berhubung kejadian itu.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira pukul 3.49 pada Khamis lalu.

“Kes disiasat di bawah peruntukan Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, polis telah mengesan satu video berdurasi 41 saat yang tular di media sosial memaparkan kejadian mencuri bungkusan yang diletakkan di tembok pagar rumah.

Justeru, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian jenayah ini boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Kanan, Asisten Superintendan Mohd Afzan Musa di talian 016-2956969 atau 07-3864222 bagi membantu siasatan.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close