Pasangan beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik terpaksa menunggu keputusan undian rasmi mereka di Sukan Olimpik Paris 2024 ekoran kejayaan pasangan Perancis Ronan Labar-Lucas Corve oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) menjadi pertikaian pada Jumaat.
Pasangan Perancis itu melaporkan bahawa badan induk itu telah salah mengira kedudukan kelayakan mereka di Sukan Paris dan isu terbabit telah pun dibawa ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) dan Labar-Corvee telah memenangi kes itu dan kini akan bermain di Sukan Olimpik bersama rakan sepasukan Christo Popov-Toma Popov.
CAS kemudian mengarahkan BWF meminta IOC menambah Lobar-Corvee sebagai pasangan ke-17 ke temasya itu. Dan buat julung kalinya, Perancis mempunyai dua pasangan lelaki dalam Sukan Olimpik.
Dalam masa yang sama, Persatuan Badminton Seluruh Indonesia (PBSI) turut menyatakan kekecewaan mereka dan meminta pihak BWF untuk bertanggungjawab ekoran kesalahan yang dilakukan tersebut dalam satu kenyataan.
“Tindakan tersebut memerlukan fair play. Bukan sahaja ia merugikan pasangan dari negara kami Bagas Maulana-Muhammad Shohibul Fikri, malah perhitungan BWF turut merugikan semua yang terlibat dalam pertarungan Road to Paris 2024,” kata Setiausaha Agung (Sekjen) PBSI, Fadil Imran.
Pada Jumaat, badan dunia itu berkata susulan keputusan CAS, undian beregu lelaki yang sepatutnya diadakan pada Jumaat (12 Julai) telah ditangguhkan.
Cabutan bagi perseorangan lelaki, beregu lelaki, perseorangan wanita dan beregu wanita bagaimanapun telah dijalankan seperti yang dirancang.
Baca juga: