Polis berjaya menahan sepasang kekasih disyaki melakukan penderaan dan pengabaian bayi berusia lapan bulan di kediamannya di daerah Pontian, Johor pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Mohd Sopiee Tayib berkata, pasangan berkenaan ditahan selepas pihaknya menerima laporan daripada pegawai perubatan Hospital Pontian kira-kira pukul 9.15 pagi Rabu.
Menurutnya, tangkapan itu dibuat terhadap seorang wanita iaitu ibu kepada bayi berkenaan bersama seorang lelaki dipercayai teman lelakinya untuk membantu siasatan.
“Siasatan awal pegawai perubatan pakar klinikal Jabatan Pediatrik Hospital Sultanah Aminah (HSA) mendapati punca bayi berkenaan tidak sedarkan diri kerana mengalami pendarahan otak dan kekurangan oksigen serta terdapat kecederaan di dahi dan lebam di bahagian mata disyaki ada unsur penderaan.
“Bayi berkenaan kini ditidurkan kerana masalah pernafasan,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(A) Akta Kanak-Kanak 2001.
Jelasnya, jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda maksimumĀ RM20,000 atau penjara maksimumĀ 20 tahun atau kedua-duanya sekali.
Justeru, orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan polis.
Baca juga: