Upacara pembukaan Olimpik Paris 2024 yang melibatkan seramai 6,800 atlet dari seluruh dunia pada Jumaat (pagi Sabtu waktu tempatan) menerima perhatian ramai selepas upacara tersebut merupakan upacara pertama yang diadakan di luar stadium.
Upacara yang berlangsung di sepanjang Sungai Seine itu menyaksikan sebanyak 85 buah bot menyelusuri sungai itu sambil dihadiri kira-kira 320,000 penonton di bahagian kedua-dua tebing Seine tersebut.
Namun, apa yang menarik perhatian apabila kelibat atlet israel dicemuh ketika membuat penampilan pertama mereka perarakan di perarakan tersebut.
Sebaik sahaja skrin memaparkan atlet-atlet Israel, masyarakat tempatan meluahkan rasa tidak puas hati dan mengeluarkan bunyi-bunyi yang mengunsurkan kebencian kepada negara berkenaan sambil mengibarkan bendera Palestin.
Sementara itu, aksi jurukamera ketika perarakan itu turut menarik perhatian ramai selepas jurukamera dari sesetengah negara mengalihkan kamera mereka ke bahagian lain ketika perarakan kontinjen negara berkenaan sehingga mereka selesai perarakan.
Masyarakat seluruh dunia memuji tindakan-tindakan yang dilakukan oleh pihak yang terlibat dan menganggap tindakan berani tersebut wajar dilakukan bagi menidakkan kegiatan yang berlaku di Rafah.
Baca juga: