Elak sumber negara dieksploitasi, aktiviti penguatkuasaan harus diperkemas – PM

Oleh: Kamilia Ali

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kerjasama dengan pemain-pemain antarabangsa yang memiliki kepakaran perlu didasarkan kepada matlamat akhir dalam membangunkan keseluruhan rantaian industri dalam negara.

Beliau berkata demikian menerusi satu hantaran di Facebook miliknya, serta menekankan aktiviti penguatkuasaan perlu diperkemaskan bagi mengelakkan sumber negara dieksploitasi.

“Perkara tersebut yang akan mengurangkan hasil kepada kerajaan dan merencat pembangunan industri nadir bumi (REE) negara.

“Terkait inisiatif ‘New Deal for Business’ yang telah dipersetujui MTEN pada 21 Mac 2024, mesyuarat meneliti cadangan rangka kerja termasuk anjakan-anjakan besar bagi menjadikan Malaysia sebagai destinasi pilihan.

“Ia adalah untuk menjalankan perniagaan, selaras kedudukan semasa negara dalam indeks daya saing global,” katanya.

Dalam pada itu, kerajaan yakin usaha-usaha berkenaan akan terus meningkatkan keyakinan pelabur dan seterusnya memperkukuh asas ekonomi negara.

Baca juga: