Oleh: Hanim Nadia
SELEBRITI tempatan, Sharnaaz Ahmad diumumkan sebagai pemilik kelab bola sepak tempatan iaitu Carabat FC.
Perkhabaran itu disahkan menerusi laman sosial rasmi Carabat FC yang memaklumkan Sharnaaz adalah pemilik pasukan itu yang ditunjangi pemain muda.
“Memperkenalkan Sharnaaz Ahmad, pemilik kebanggaan Carabat FC.
“Sebagai seorang yang berwawasan, Mamu memiliki visi yang jelas untuk pasukan ini menguasai lawan dalam setiap perlawanan yang mereka hadapi dengan kekuatan dan keberanian,” tulis kelab berkenaan yang ditubuhkan tahun ini dalam satu kiriman media sosial.
Pasukan yang berpangkalan di Selangor dan Kuala Lumpur itu meletakkan sasaran untuk bersaing dalam Liga Super FAS.
Dalam pada itu, Sharnaaz dalam satu kenyataan memaklumkan, penubuhan kelab didorong oleh semangat kesukanan dan keinginan untuk menyediakan platform untuk pemain berbakat untuk mempamerkan kebolehan mereka.
“Dengan tumpuan kepada kedua-dua prestasi kompetitif dan pembangunan pemain, Carabat FC berazam untuk berada di peringkat lebih tinggi dalam bola sepak Malaysia.
“Saya harap kami boleh mencapai lebih banyak kejayaan dalam masa terdekat dan membuat penampilan sulung kami dalam Liga Super FAS,” katanya.
Baca juga: