Chagee dikecam, mohon maaf tak ikhlas


Oleh: Haikal Tajuddin

KEDAI minuman teh popular, Chagee Malaysia sekali lagi dikecam susulan permohonan maaf yang didakwa tidak ikhlas serta menggunakan bahasa kebangsaan yang tidak tepat.

Permohonan maaf itu dikeluarkan menerusi akaun rasmi milik syarikat tersebut dianggap tidak masuk akal oleh warga maya.

“Mana kenyataan tentang mengambil tindakan undang-undang? Orang ramai tidak begitu marah dengan kakitangan tetapi lebih kepada kenyataan ugutan kepada individu yang memberi maklumat,” komen Hazy_Rain di aplikasi X pada Rabu.

“Maaf cakap, awak dah hilang kepercayaan masyarakat,” balas Amin_ahmad89.

Dalam pada itu, terdapat juga pihak yang turut menggunakan #boycottchagee sebagai ‘trending’ di aplikasi X.

Beberapa hari lalu, Chagee melaksanakan pertandingan ‘Tear & Winmen’ dengan menawarkan hadiah lumayan seperti beg tangan mewah dan telefon pintar i-Phone. Bagaimanapu situasi menjadi kecoh apabila tular video kaki tangan mereka menyimpan bekas minuman dipercayai mengandungi kad tebus hadiah untuk mereka sahaja.

Tidak hanya itu, cara syarikat itu seolah-olah mengugut pengguna media sosial yang menyiarkan video itu dengan tindakan undang-undang juga dianggap tidak profesional.

Terbaharu, ada segelintir netizen yang menggerakkan tanda pagar boikot Chagee turut mencalarkan reputasi syarikat itu.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat