Oleh: Haikal Tajuddin
PETALING JAYA: Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi membidas tindakan pelakon terkenal, Rozita Che Wan yang dipercayai tidak melunaskan hutang MARA bernilai RM1 juta.
Beliau berkata personaliti itu perlu diambil tindakan kerana berkemampuan memperagakan kemewahan di media sosial.
“MARA tidak sewenangnya mengambil tindakan terhadap peminjam yang culas atau memilih bulu dalam tindakan.
“Malah, sebelum apa jua tindakan perundangan dilakukan, nilai ihsan juga diutamakan dengan memberi ruang kepada peminjam yang bermasalah untuk datang ke MARA berunding mengenai penjadualan dan penstrukturan hutang mereka.
“Namun, jika semua usaha ini masih culas, sengaja tidak mahu membayar, bermakna tindakan perundangan adalah jalan terakhir untuk memastikan setiap sen wang rakyat dapat dikutip semula untuk manfaat orang lain pula,” jelasnya.
Beliau turut berkata, sebarang rayuan yang ingin dibuat adalah bukan berada dibawah kuasanya untuk melupuskan hutang.
Hal ini kerana, beliau berperanan dalam menjaga amanah wang rakyat dibawah MARA dan peminjam sememangnya bertanggung jawab untuk membayar semula.
Pagi tadi, Malaysia Bangkit melaporkan rumah Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta diserbu pegawai MARA.
Serbuan itu dibuat susulan daripada kegagalan Che Ta untuk melunaskan pembayaran pinjaman yang kini sudah mencecah RM1 juta.
Baca juga: