SAPP umum keluar PN, fokus autonomi Sabah

PETALING JAYA: Parti Maju Sabah (SAPP) mengumumkan keputusan untuk keluar daripada gabungan Perikatan Nasional (PN).

Presiden SAPP, Datuk Seri Yong Teck Lee berkata, keputusan itu dibuat pada mesyuarat Majlis Tertinggi SAPP pada 23 November lalu dan telah dimaklumkan secara rasmi kepada ibu pejabat PN.

Yong Teck Lee menjelaskan bahawa keputusan itu diambil kerana pendirian PN yang mahu bertanding dalam pilihan raya Sabah akan datang bercanggah dengan pendirian dan dasar SAPP.

SAPP berpegang teguh pada prinsip bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hanya perlu ditandingi oleh parti-parti tempatan Sabah, selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan autonomi Sabah.

Beliau menegaskan bahawa SAPP tidak boleh berkompromi dengan komitmen mereka untuk memastikan pilihan raya bagi DUN Sabah kekal di bawah bidang kuasa parti-parti tempatan, bebas daripada campur tangan parti-parti yang berpusat di Semenanjung.

Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN-17) Sabah akan berlangsung dalam masa terdekat sekiranya pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) dibuat.

Ia bertujuan untuk memberi peluang kepada parti yang baharu yang memiliki majoriti undian tertinggi untuk memegang tampuk pimpinan kerajaan Negeri Sabah.

Baca lagi:

Anda Mungkin Berminat