Perlembagaan parti tidak boleh selamanya statik – Saifuddin

PETALING JAYA: Perlembagaan parti sesungguhnya suatu yang dinamik dan tidak boleh selamanya statik, kata bekas Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Saifuddin Nasution.

Beliau berkata demikian sempena Kongres Khas bertujuan meminda perlembagaan parti menjelang pemilihan pada tahun hadapan.

“Umur KEADILAN (PKR) 25 tahun, perlembagaan parti pernah dipinda beberapa kali sebelum ini.

“Di antara yang paling signifikan ialah tukar nama parti kepada KEADILAN daripada nama asal Parti Ikatan, menggabungkan KEADILAN dengan Parti Sosialis Rakyat dan pindaan untuk pelaksanaan “one man one vote” dalam pemilihan parti

“Pindaan kali ini akan menterjemahkan amalan kepelbagaian gender, etnik dan umur berteraskan prinsip “participatory” dan “ proportionate representative”, tulisnya menerusi Facebook pada Ahad.

Tambahnya, parti mesti responsif terhadap perubahan iklim politik negara.

“Terima kasih perwakilan parti yang hadir dari seluruh negara,” tulisnya lagi.

Terdahulu, setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh berkata, pindaan dibuat berdasarkan prinsip keterlibatan dalam demokrasi yang akan memberikan hak kepada anggota parti untuk mengundi pemimpin pada sesi pemilihan akan datang.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat