PETALING JAYA: Barisan Jemaah Menteri mendoakan keselamatan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang bakal mendapatkan rawatan perubatan di luar negara.
Jurucakap Kerajaan, Fahmi Fadzil berkata, perkara tersebut merupakan agenda pertama yang dibincang dalam mesyuarat Kabinet pada Jumaat.

“Seluruh Jemaah Menteri mendoakan agar ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dikurniakan kesihatan, keafiatan dan selamat menerima rawatan perubatan.
“Sebarang perkara saya mohon rakan-rakan media rujuk dengan Istana Negara, pagi tadi ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda telah berangkat dan kita mengikuti perjalanan rawatan tuanku,” katanya dalam sidang media selepas berakhir Mesyuarat Kabinet sebentar tadi.
Terdaulu, Istana Negara dalam memaklumkan, Sultan Ibrahim berangkat ke luar negara bagi menjalani rawatan dan perkara itu telah disembah maklum kepada Majlis Raja-Raja dan Kerajaan Persekutuan.
Mengiringi Seri Paduka adalah Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim dan Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim.
“Seluruh rakyat diminta mendoakan semoga Seri Paduka Baginda dikurniakan kesembuhan segera dan keafiatan yang berpanjangan,” menurut Istana Negara.
Baca juga: