Perhimpunan Agung UMNO 2025 pada bulan kemerdekaan

PETALING JAYA: UMNO telah menetapkan tarikh Perhimpunan Agung 2025 parti itu akan diadakan pada 20 hingga 23 Ogos 2025.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, manakala Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian akan berlangsung dari 9 Jun hingga 27 Julai dan Persidangan UMNO Cawangan bermula 7 April hingga 25 Mei.

“Keputusan ini diumumkan selepas Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang berlangsung pada 12 Mac 2025,” kata beliau dalam satu kenyataan pada Rabu.

Dalam kenyataan sama, Asyraf berkata, UMNO turut membincangkan isu-isu semasa melibatkan sensitiviti keagamaan, perkauman dan institusi Raja-Raja Melayu dalam mesyuarat itu.

Katanya, UMNO tegas pendirian untuk mempertahankan prinsip Rukun Negara serta kedudukan Islam dan Melayu-Bumiputera dalam kemajmukan negara.

“UMNO tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang mencabar asas kestabilan negara,” tambah beliau.

Anda Mungkin Berminat