Kapal misi bantuan Gaza diserang dron Israel di perairan antarabangsa

Oleh: Tyah Helmi

MALTA: Sebuah kapal aktivis ‘Freedom Flotilla’ dilaporkan telah diserang oleh sebuah dron di perairan berhampiran pantai Malta.

Perkara itu dimaklumkan oleh Kumpulan aktivisKoalisis Kebebasan Flotilla yang menyatakan kapal mereka yang dikenali ‘The Consience’ diserang pada pukul 12:33 tengah malam waktu tempatan.

Difahamkan, kapal tersebut sedang belayar menuju ke Gaza bagi menyalurkan misi bantuan buat rakyat Palestin di sana.

Dalam satu kenyataan, kumpulan aktivis berkenaan mendakwa mereka diserang oleh tentera haram Israel yang menganggap ‘Free Flottilla’ mahu mencabar sekatan negara haram itu.

Dalam pada itu, Kerajaan Malta dalam kenyataan rasmi mengesahkan bahawa semua yang berada di atas kapal berada dalam keadaan selamat, dan kebakaran yang berlaku di atas kapal berjaya dikawal sepanjang malam.

Dalam nada tegas, kumpulan aktivis berkenaan itu menyeru agar duta-duta Israel dipanggil untuk memberi penjelasan berhubung “pelanggaran undang-undang antarabangsa, termasuk sekatan berterusan dan pengeboman ke atas kapal awam kami.”

Tentera Israel menyatakan bahawa mereka sedang menyiasat laporan mengenai serangan berkenaan.

Kerajaan Malta berkata terdapat 12 anak kapal dan empat aktivis di atas kapal, manakala NGO terbabit mendakwa seramai 30 aktivis sebenarnya berada di atas kapal tersebut.

Koalisi Freedom Flotilla turut memuat naik satu rakaman video yang menunjukkan api marak di salah satu kapal mereka, namun tidak menyatakan sama ada terdapat kecederaan.

Katanya, Israel melakukan serangan itu dengan menyasarkan penjana elektrik kapal, menyebabkan ia terputus bekalan kuasa dan berisiko untuk karam.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat