Piala Sudirman: Ayuh beri sokongan skuad negara lawan China hari ini

BIAR pun berdepan tugas sukar, namun skuad badminton negara pasti akan melipat gandakan usaha kala bertemu China dalam perlawanan suku akhir Piala Sudirman 2025, di Xiamen hari ini.

Selaku naib juara Kumpulan C, pertemuan dengan juara 13 kali dan juara bertahan tiga edisi berturut-turut, yang juga juara Kumpulan A antara yang ditunggu-tunggu penonton seluruh dunia.

Perlawanan menentang China dijadual berlangsung pada pukul 9.30 pagi di gelanggang 1.

Berdasarkan kemaskini, keputusan undian suku akhir lain pula menyaksikan Jepun berhadapan Taiwan.

Denmark menentang Korea Selatan sementara Thailand bertemu Indonesia.

Sekiranya berjaya mara, Malaysia akan bertemu sama ada Jepun atau Taiwan di separuh akhir.

Terdahulu, hasrat Malaysia untuk mengungguli Kumpulan C tidak kesampaian apabila tunduk 2-3 kepada Jepun dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan.

Keputusan itu menyaksikan Malaysia terpaksa berpuas hati mara ke suku akhir selaku naib johan Kumpulan C, manakala Jepun menempah laluan selaku johan selepas mencatat tiga kemenangan berturut-turut.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat