Amaran Joe Biden kepada Netanyahu: “Israel akan kehilangan sokongan antarabangsa”

Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden memberi amaran kepada Israel bahawa mereka bakal kehilangan sokongan antarabangsa kerana pegawai AS sedang berusaha untuk mencapai perjanjian gencatan senjata.

Namun, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu membidas kenyataan Biden menyatakan sokongan keras AS kepada Israel dapat membantu rejim berkenaan berjuang hingga kemenangan sepenuhnya ke atas Hamas.

Netanyahu berkata demikian dengan memetik tinjauan daripada Harvard-Harris yang menunjukkan bahawa 82 peratus rakyat Amerika menyokong Israel semasa konflik di Gaza.

“Sejak awal konflik, saya telah memimpin kempen menentang tekanan antarabangsa untuk mengakhiri perang lebih awal dan menggerakkan sokongan untuk Israel.

“Kami mempunyai kejayaan yang signifikan dalam peperangan ini kerana sokongan dari rakyat Amerika yang besar,” kata Netanyahu, menurut laporan media antarabangsa, BBC.

Dalam pada itu, Biden berkata AS berharap untuk mengadakan perbincangan gencatan senjata antara Israel dan Hamas di Gaza pada Isnin depan dengan pembebasan tebusan kedua-dua belah pihak.

Biden turut mencadangkan bahawa Israel boleh kehilangan sokongan dari seluruh dunia jika ia mengikuti sistem kerajaan yang sangat konservatif.

Namun, seorang pegawai Hamas sebelum ini memberitahu keutamaan kumpulan berkenaan adalah untuk menamatkan permusuhan, bukannya demi pembebasan tebusan semata-mata.

Setakat ini, Kementerian Kesihatan di Gaza menyatakan sekurang-kurangnya 29,878 orang telah terbunuh di wilayah berkenaan disamping 70,215 yang lain cedera.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat