Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia mara ke pusingan separuh akhir Terbuka Thailand 2024 selepas berjaya menewaskan lawan dari China, Lu Guang Zhu dalam aksi rubber set, pada Jumaat.
Aksi set pertama yang berlangsung di Stadium Nimibutr, Bangkok itu menyaksikan Zii Jia tidak berdepan sebarang masalah apabila menang mudah ke atas tangga ke-19 dunia dengan menang 13-21.
Seterusnya, bersambung set kedua, Zii Jia kelihatan sedikit bergelut apabila lawan pamerkan aksi lebih agresif sebelum berjaya menepis kemaraan Zii Jia untuk membawa permainan ke set penetuan 21-16.
Set penentuan, Lee Zii Jia sedikit goyah pada awal permainan sebelum kembali mendapat rentak untuk menyamakan kedudukan 17-17 sekaligus mengekalkan konsistensi untuk menoktahkan kemenangan 21-18, dalam perlawanan yang berdurasi 1 jam 6 minit.
Kemenangan tersebut menyumbang kepada kemenangan ke-5 Lee Zii Jia menentang pemain berusia 27 tahun itu untuk mara ke separuh Akhir Terbuka Thailand 2024.
Lee Zii Jia bagaimanapun terpaksa menggalas tanggungjawab berat apabila bakal dijadualkan bertemu pemain tangga ke-14 dunia dari Chinese Taipei , Chou Tien Chen ataupun pemain jaguh dari Jepun, Kodai Naraoka dalam aksi separuh akhir esok.
Sebagai rekod, Zii Jia merupakan juara bagi Terbuka Thailand pada edisi 2022 selepas berjaya menewaskan pemain dari China, Li Shi Feng di pentas final.
Baca juga :