Program MADANI Rakyat Zon Selatan bermula 15 hingga 17 Ogos ini

Pelbagai acara menarik berkaitan Setahun Ekonomi MADANI bakal mewarnai Program MADANI Rakyat 2024 Zon Selatan dan Setahun Ekonomi MADANI yang dijadual berlangsung di Dataran Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor dari 15 hingga 17 Ogos ini.

Program MADANI Rakyat 2024 Zon Selatan merangkumi Johor, Negeri Sembilan dan Melaka itu dianjurkan Pejabat Perdana Menteri melalui Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU) dengan kerjasama strategik Kementerian Ekonomi dan kerajaan Johor.

Sekretariat Program MADANI Rakyat dalam kenyataan hari ini memaklumkan Program MADANI Rakyat 2024 Zon Selatan akan memberi tumpuan kepada pelaksandan dasar Ekonomi MADANI serta komitmen berterusan kerajaan dalam memperkasakan rakyat, usahawan dan industri sejak setahun dilancarkan.

Menurut sekretariat itu, platform berkendan merupakan ruang untuk kerajaan memaklumkan pencapaian dan manfaat Ekonomi MADANI kepada rakyat melalui inisiatif seperti Sumbangan Asas Rahmah, bantuan awal persekolahan, perkhidmatan pembiayaan mikro, skim jaminan kredit perumahan dan pencapaian Pelan Induk Perindustrian Baru 2030 (NIMP 2030) serta Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).

Turut diketengahkan pada program kali ini ialah aktiviti berkaitan kesejahteraan rakyat, agenda perpaduan, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta karnival kerjaya.

“Aktiviti lain termasuk pelancongan, pertanian dan keterjaminan makanan, kesejahterdan luar bandar serta pameran dan perkhidmatan berhubung pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dan kecerdasan buatan (Al) serta pelbagai perkhidmatan yang disediakan oleh agensi kerajaan Persekutuan dan negeri termasuk pameran aset-aset kerajaan.

“Selain itu, Jualan MADANI menawarkan potongan harga dan tawaran istimewa bagi barangan keperluan harian turut disediakan untuk pengunjung,” katanya menurut satu kenyataan.

Majlis penutupan Program MADANI Rakyat 2024 Zon Selatan dan Setahun Ekonomi MADANI dijadual disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 17 Ogos ini.

Orang ramai dijemput memeriahkan Program MADANI Rakyat 2024 Zon Selatan dan Setahun Ekonomi MADANI bermula 9 pagi hingga 10 malam pada 15 dan 16 Ogos, manakala 9 pagi hingga 6 petang pada 17 Ogos.