PDRM Ingatkan Masyarakat Jangan Ganggu Siasatan Azam Baki

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes membabitkan bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, yang kini sedang melalui proses siasatan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), CP Datuk M. Kumar Muthuvelu berkata, penyebaran maklumat tidak sahih atau andaian mengenai sesuatu kes boleh menjejaskan kelancaran siasatan pihak berkuasa.

Beliau menekankan komitmen PDRM untuk memastikan setiap siasatan dijalankan secara telus dan berintegriti dengan keutamaan diberikan kepada prinsip keadilan serta pematuhan undang-undang.

“PDRM akan terus memastikan ketelusan dan integriti dalam setiap proses siasatan bagi menjamin keadilan kepada semua pihak,” katanya dalam kenyataan media pada Rabu.

Tambahnya, pasukan polis tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu yang didapati melanggar peruntukan undang-undang.

Sehubungan itu beliau berkata, orang ramai diminta memberi ruang kepada pihak polis menjalankan siasatan secara profesional serta mengelakkan penyebaran maklumat yang tidak dapat dipastikan kesahihannya.

Anda Mungkin Berminat