Politik

Pemimpin Cina PKR kecewa tiada pelantikan exco daripada bangsa lain

Bendahari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Melaka, Datuk Gue Teck kesal dengan pelantikan exco di Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan selepas Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN).

Gue Teck menyifatkan keadaan tersebut tidak selari dengan semangat kepelbagaian parti itu.

Beliau mendakwa PKR tidak mencalonkan mana-mana bukan Melayu untuk jawatan exco di tiga negeri tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR yang dilantik ke jawatan exco di Pulau Pinang dan Selangor semuanya Melayu, manakala Kabinet negeri Sembilan masih belum mengangkat sumpah.

“Semenjak PKR memerintah Selangor pada tahun 2008, ini merupakan kali pertama yang mana tiada tokoh Tionghua ataupun India daripada parti yang dicalonkan sebagai Exco,” kata Gue menerusi satu hantaran di Facebook.

Katanya, kaedah pemilihan anggota exco kali ini dilihat seolah-olah cuba mengetepikan semangat kepelbagaian yang diraikan parti selama ini.

“Penjelasan dan penelitian diperlukan untuk menguji sama ada PKR adalah sebuah ‘truly multiracial party’,” katanya.

Gue berkata ini mungkin berpunca daripada tiupan sentimen perkauman dan agama sempit yang semakin kencang dimainkan oleh Perikatan Nasional (PN) dan Pas.

Menurutnya, perkara ini dilihat sebagai kompromi selepas PKR menyerahkan satu kerusi Exco di Selangor kepada Umno.

“Persoalannya mengapakah yang terkorban itu adalah sifat diversiti dalam parti?” soal Gue.

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close