JDT bakal ada pemain bertaraf bintang musim depan

Pemilik Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengesahkan, pemain bertaraf bintang bakal memperkuatkan skuad JDT menjelang musim 2024.

Umum mengetahui penanda aras bagi pasukan yang menjuarai Liga Super 10 kali berturut-turut ini sentiasa mahu memastikan keputusan yang positif dijelmakan setiap musim.

Lantas, pemilik kelab, Tunku Ismail, mengesahkan bakal menandatangani pemain bertaraf bintang kelahiran dari benua Amerika Selatan.

Bijak mencari ruang serta memiliki kualiti rembatan yang cukup berbisa bakal menggamit saingan Liga Malaysia musim hadapan. – Astro Arena

Anda Mungkin Berminat