Berhenti sebar video perbualan aib – Rozy Razit

Parti Keadilan Rakyat (PKR) menggesa orang ramai berhenti menyebarkan rakaman mengandungi panggilan video melibatkan antara dua individu yang mengaibkan di media sosial.

Ketua Biro Pembangunan Komuniti Wanita, Rozy Razit berkata, rakaman berkenaan dipercayai bertujuan untuk menimbulkan ketidaksenangan terhadap pimpinan Kerajaan Perpaduan.

“Hari ini kita telah dikejutkan dengan tersebarnya rakaman panggilan video antara dua individu yang sangat mengaibkan.

“Saya tidak bermaksud menuding jari menyalahkan mana-mana pihak, saya sangat dukacita dengan penyebaran video tersebut dan percaya penyebaran itu dilakukan oleh pihak tertentu yang bermotifkan politik,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Sebelum ini, tular di media sosial membabitkan rakaman panggilan video oleh dua lelaki yang bercakap mengenai perkara sumbang.

Dalam pada itu, Rozy turut mengingatkan mengenai keadaan sama yang berlaku tahun lalu, namun ia dibiarkan begitu sahaja tanpa sebarang tindakan.

Justeru, beliau menyeru kepada semua pihak untuk memberi kerjasama dengan menghentikan penyebaran video seperti itu dan pihaknya telah menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat