Global

Malaysia adakan lawatan khas ke Mesir

Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Mohamad Alamin mengetuai delegasi Malaysia bagi sesi Lawatan Khas ke Mesir bermula 21 hingga 24 Februari 2024.

Delegasi tersebut terdiri daripada Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh; Ahli Perlimen Sik, Ahmad Tarmizi Sulaiman; Ahli Parlimen Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy dan Senator Datuk Wira Dr. Mohd Hatta Md Ramli

Menurut kenyataan media Kementerian Luar Negeri, lawatan khas itu bertujuan untuk menyatakan dan mempamerkan sokongan penuh Malaysia terhadap krisis yang melanda Palestin.

“Delegasi Malaysia akan mengambil peluang membuat lawatan ke lintasan Rafah-Gaza, di mana bekalan kecemasan dan bantuan kemanusiaan daripada Malaysia disalurkan ke Gaza dengan kerjasama rapat bersama Kerajaan Mesir dan Ops Ihsan,” katanya.

Antara program lain termasuk kunjungan hormat ke atas Timbalan Menteri Luar Negeri Mesir, Hamdi Loza, pertemuan dengan Ketua Pegawai Eksekutif Bulan Sabit Merah Mesir (ERC), Dr. Rami Al Nazer dan lawatan ke hospital seliaan Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS).

Inti pati perbincangan adalah mengenai kerjasama Malaysia untuk membantu rakyat Palestin di Gaza termasuk yang memerlukan rawatan perubatan di Mesir.

Malaysia turut menyampaikan sumbangan kepada ERC dan PRCS masing-masing berjumlah AS$250,000 (RM1.2 juta) dan AS$500,000 (RM2.4 juta).

Selain itu, sejumlah 100 tan bantuan kemanusiaan merupakan peralatan perubatan, makanan dan bekalan musim sejuk seperti selimut, khemah dan pakaian bernilai AS$1.2 juta (RM5.6 juta) telah tiba di Lapangan Terbang El-Arish, Mesir pada November dan Disember 2023.

Untuk makluman, bantuan kemanusiaan ini berjaya dilaksanakan dengan sumbangan rakyat Malaysia kepada Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP).

Baca juga:

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close