Kedah Darul Aman FC (KDA FC) peminat dapat memberi sokongan terhadap kempen “Keep The Hope Alive” bagi membantu kewangan pasukan bola sepak itu.
Pemilik Majoriti KDA FC, Tan Sri Dr Mohd Daud bakar berkata, kempen tersebut diadakan untuk mengekalkan kestabilan kewangan pasukan tersebut untuk meneruskan penglibatan dalam Liga Malaysia.
“Antara cara sokongan yang boleh disumbangkan oleh peminat kelab ini adalah melalui pembelian kemeja-T edisi terhad secara pra-tempahan yang bertemakan kempen berkenaan.
“Menariknya, nama peminat yang membeli baju ini akan direkodkan secara kekal dalam rekod penyokong tegar KDA FC,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Mohd Daud turut turut menyeru warga Kedah untuk merealisasikan usaha tersebut bagi membantu pasukan terbabit.
Pembelian baju-T ‘Keep the Hope Alive‘ KDA FC ini boleh didapatkan secara pra-tempahan di pautan store.kedahdarulamanfc.com pada masa yang akan diumumkan kelak.

Baca juga: