Global

Korea Utara lancar peluru berpandu balistik jarak pertengahan ke laut

Korea Utara disyaki melepaskan peluru berpandu balistik jarak pertengahan ke laut di luar pantai timur pada Selasa.

Tentera Korea Selatan memaklumkan tindakan itu mencetuskan kecaman serta-merta daripada Perdana Menteri Jepun.

Ketua Turus Bersama Korea Selatan berkata, pihaknya mengesan pelancaran terbabit dari Pyongyang, Korea Utara pada pukul 6.53 pagi waktu tempatan.

Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan jenis peluru berpandu itu, tetapi Korea Utara sedang menguji peluru berpandu hipersonik jarak pertengahan baharu dikuasakan enjin bahan api pepejal.

Bercakap kepada pemberita, Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida mengecam Korea Utara susulan pelancaran peluru berpandu yang menjejaskan keamanan dan kestabilan rantau itu.

Pengawal Pantai Jepun pula berkata, peluru berpandu itu jatuh ke dalam laut, di luar zon ekonomi eksklusif (EEZ) Jepun.

Terdahulu, Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un menyelia ujian darat enjin bahan api pepejal bagi peluru berpandu hipersonik jarak pertengahan baharu untuk membangunkan keupayaan pertahanan negara, lapor media kerajaan.

Sementara itu, Amerika Syarikat (AS) dan sekutu utama di Asia, Korea Selatan dan Jepun memperluas kerjasama keselamatan ketika lonjakan kebimbangan mengenai hubungan ketenteraan lebih erat Russia-Korea Utara.

Menerusi laporan media Jepun, selain sidang kemuncak Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di Washington, kerajaan AS juga sedang mengatur sidang kemuncak antara Presiden Joe Biden dan rakan sejawatannya dari Jepun dan Korea Selatan, dijadualkan pada Julai 2024.

Baca juga:

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close